Zuhair bin Abi Sulma.
Umru Qais
Nabighah Zubyani
Khansaa’
Harith bin Hilzah
‘Antarah bin Shaddad
Heh. Kalau dah dapat pegang
laptop ni memang kerja lain tak jalan. Macam ada hantu yang menghuni. Mungkin,
ada. Hantu laptop yang beriman, moga. :p
Jom ulang hafal hafalan syair.
Di kesempatan ini, saya akan memperkenalkan penyair utama zaman Arab Jahiliah;
dan dalam tingkatan “top ten” penyair zaman ini, Umru Qais mengungguli tempat
pertama.
Jangan terlalu cepat
menyanjunginya. Sistem penilaian hanya berdasarkan syair-syair yang dihasilkan,
dari segi kualiti bahasanya, taka da kaitan dengan peribadinya.
Sebagai pemakluman dan
pengetahuan, Umru Qais ialah penyair yang Rasulullah s.a.w sebut dalam
sabdanya;
“pembawa panji penyair ke
neraka”
Hal ini kerana Umru Qais
sepanjang hidupnya, dalam syair yang dihasilkan menyeru kepada kederhakaan dan
kekejian(fahish). Atau orang zaman sekarang panggil hedonism.
Disebabkan Umru Qais ada satu
kumpulan syair yang sangat panjang dan dipanggil mu’allaqat Umru Qais, ada satu
bahagian yang saya pelajari dan agak sukar dihafal. Saya kongsikan di sini.
فعز كنا سرب كأن نعجه *
عذارى دوار في ملأ مذيل
فعادي عداء بين
الثور و نعجه * دراك ولم ينضج بماء فيغسل
فظل طهاة اللحم من
منضج *
صفيف شواء أو قدير العجل
أصاح ترى برقا أريك
ميضاء *
كلمح اليدين في الحبي الكلل
يضيء سناه أ كمصابيح
هاب *
أمال سليط ال بالذبال المفتل
Maksudnya apa? Em,, saya akui kelemahan saya memahami bahasa klasik ni.
Jadi, saya tak Berjaya nak bawakan maksudnya bait demi bait.
Cuma dalam bahagian ni, bait syairnya menceritakan tentang penyair yang
pergi berburu. Buru seladang, kijang dan Berjaya bawa pulang untuk kaumnya.
Jadi diceritakan juga proses memanggang dan memasak daging tu.
Maaf sangat. Maksud secara tak terperinci ni pun Cuma menjelaskan bait
1-3 syair di atas.
Tujuan posting saya pada hari ini ialah memperkenalkan kehebatan penyair
zaman dulu, dari segi kesenian syairnya. Bahasanya sangat berbunga,klasik dan
nahunya telah mencapai tahap tinggi. Kemahiran budak hingusan macam saya ni
awal-awal harus serah diri(lebih-lebih lagi kalau tidak kuat usaha untuk
menguasainya).
Jadi, nampaknya hadaf pada hari ini telah gagal. Kecuali, saya telah
Berjaya menaip syair di atas tanpa melihat buku. Hehe.^^
Maaf kepada yang merasakan telah membazir masa membaca ‘post’ saya pada
kali ini. *_*
Tapi jangan kecewa dulu. Saya ceritakan perihal Zuhair bin Abi Sulma
sebagai ganti, ok? Antara banyak2 penyair zaman Jahili, saya paling suka
Zuhair, walaupun penyair ini tidak memeluk Islam. Kerana meninggalnya Zuhair
betul-betul sebelum kedatangan Islam.
Kenapa Zuhair yang terpilih?
Digelar Zuhair sebagai “Penyair Suci” kerana tidak berghazal1
pada permulaan syairnya dengan perkataan-perkataan tak senonoh seperti penyair
lain.
Dan dalam ghazalnya (yang mewajibkan menyebut tentang perempuan- sebagai
tradisi ikutan penyair2 sebelumnya), beliau hanya menyebutkan cintanya terhadap
Ummu Aufa, isterinya dengan kata-kata yang memelihara kesuciannya. Malah lebih
banyak menyebutkan ingatannya terhadap tempat tinggal kekasihnya itu, dan
memerincikannya.
Yang menarik tentang Zuhair dalam Mu’allaqatnya, ialah lafaz-lafaz dan
maknanya yang bertepatan dengan peristiwa yang berlaku. Contohnya; situasi
perang yang dihadapi oleh Arab Jazirah pada ketika itu. Selain itu, Zuhair
terkenal dengan sifat “siddiq”nya dalam memuji seseorang dalam syairnya. Zuhair
tidak memuji, melainkan dengan sifat yang layak bagi orang yang dipujinya.
Disebabkan ini, Saidina Umar memujinya.
Lafaz-lafaznya juga tidak terdiri dari lafaz2 yang pelik, dan makna2
yang rosak, juga tidak daripada perumpamaan yang tak sesuai.
Dengan begitu banyak kelebihan yang Allah berikan padanya ini, tak hairanlah beliau juga mengungguli “top
ten” penyair terbaik zaman Arab Jahiliah. Kalau tak silap saya, beliau
menduduki tempat kedua selepas Umru Qais.
Sementara Umru Qais memerlukan pemerhatian yang sangat-sangat-sangat
mendalam dan teliti(sampai sakit kepala.), syair Zuhair lebih mudah difahami selain tak
kalah juga kehebatan penyusunan kalimahnya.
Ok, apa-apapun menghafal syair(walaupun payah) sangat perlu bagi mereka
yang mahu mahir berbahasa.
Terakhirnya, setinggi manapun kalam penyair Umru Qais yang disanjung dan
diikuti oleh penyair2 selepasnya,
Kalam al-Qur’an tetap yang tertinggi.
Belajar bahasa memberi peluang saya membuktikannya dengan mata kepala
sendiri, bahwa bahasa Qur’an adalah yang teragung, paling indah, dan
martabatnya dalam ilmu Balaghah, adalah tahap I’jaz yang terkhusus hanya
untuknya, maka namanya ialah I’jaz Qur’an..
^^ Alhamdulillah. Maaf kalau ada kepala yang “jam” teruk selepas membaca
‘post’ ni.
~kena kuasai ilmu, dan kemahiran yang terbeban ke pundak kita. Jangan
sampai kita mudah-mudah mengatakan “tak tahu” sebagai melepas diri daripada
menjawab persoalan yang kita pernah berkesempatan mengetahui dan mendalaminya.
Mengatakan “tak tahu” itu penting, tapi kalau sampai ia menjadi jawapan kepada
kemalasan kita menguasai ilmu, maka kita sebenarnya telah mengambil mudah akan
kewajipan kita.
Terima kasih.
Madinah Nasr; 12.52a.m,
~sasaran selepas ini ialah kitab “Audah Masalik” oleh Ibn Hisyam. kitab nahu. insyaAllah.