hayya nabda' bi..


بسم الله الرحمن الرحيم..



.dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Rabu, 4 September 2013

soalan.


tengah ketawa kesukaan; riangnya aku gembira sangat pun tidaklah.

tiba-tiba sehelai kertas dihulur kepadaku; satu soalan mengasak';

"akak-akak.. macammana nak jaga hati?"

aku lantas melihat sang empunya kertas-adik yang bertanyakan soalan.


entah kenapa. saat itu seolah terhenti. atau aku sebenarnya semacam termenung sendiri.

dewan masih gamat ketawa; dek kerana celoteh sang penglipur-lara yang memegang mikrofon.

yang sekarang aku rasakan seolahnya mereka mentertawakanku.






kelakarnya; aku memerli diri.

soalan itu mudah, kan.

dan aku tidak tahu harus menjawab apa.




dan soalan "ma Rabbuka?" kelak bisakah dijawab dengan hafalan jawapan aku saja?
















Tiada ulasan:

Catat Ulasan

jom ta'liq!