hayya nabda' bi..


بسم الله الرحمن الرحيم..



.dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Selasa, 23 Julai 2013

z


mungkin sebab dulu terlalu terpengaruh dengan manga anime semua. dan sangat-sangat menyanjungi kaoru-pelukis majalah Gempak; dan masa tu komik-komiknya adalah di bawah Siri Maskeret Cinta.

ya, cerita cinta.

macam tipikal anak-anak gadis; memang sangat tersentuh dengan cerita-cerita cinta ni. 

ada satu masa; novel-novel cinta mendominasi bahan bacaan awal remaja. 

tapi, aku pula lebih suka komik. dan masa tu siap ada trend "novel cinta yang dikarang sendiri" dalam kalangan kawan-kawan sekolah.

aku dan sorang bestfren ni pulak bertukar-tukar lukisan komik dan idea cerita kami; haha. sungguh budak-budak. kalau difikir-fikirkan, itulah 'zaman kegemilangan' minat melukis aku. rasa-rasanya sebab terlalu banyak 'latihan', tangan kanan selalu jadi mangsa. lenguh.  

mungkin sebab kawan ni lebih berbakat daripadaku; jadi dia mula menulis cerita pendek; siap ada kawan minta dia tulis ala-ala novel cinta. dan adalah ilustrasi lukisan manga dia yang comel-comel tu.ya, dan pengaruh tu merebak juga. tapi tulisan-tulisan aku sekadar cerpen-cerpen pendek () dan cerita novelet yang tak ada ending nya (sebab kekeringan idea). haha

sehinggalah bestfren tu pindah masa tingkatan 4, dan kesibukan yang mula menjalar tahun-tahun selepas tu.

lukisan-lukisan, "kemahiran" dan minat melukis, menulis tu semua berkubur sepertimana kenangan-kenangan kami yang dulu.

aku ada cuba-cuba melukis, dan menulis juga. tapi dah kekok sangat. aku dah macam tak pernah buat perkara-perkara yang aku suka ni.

yang paling aku ingat; dulu aku berimpian nak ke Lim Kok Wing (hahaha) sebab kecintaan yang sangat kuat pada lukisan cencomel ni.

mungkinlah.. antara faktor lain sebab aku fikir. akan berubah 'profesyen' apabila keputusan separuh hati aku ambil bila mula-mula mendaftar untuk stam.

dan aku fikir..
aku akan dedikasikan hidup ini untuk satu perjuangan yang sangat berbeza dengan dunia aku dulu.


dan bila aku ingat balik sekarang.. 

aku cuma ingin bertanya; "kenapa?"

kenapa jalan hidup aku jadi macam ni.



aku cuma boleh ketawakan diri sendiri je sebagai jawapan soalan tu.

(tengok.. sekarang aku dah mula menulis syok-sendiri. haha)



kan Maryam? kini yang namanya "aku" tu cuma ingin belajar mengenal kamu.

<3 

1 ulasan:

jom ta'liq!