hayya nabda' bi..


بسم الله الرحمن الرحيم..



.dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Ahad, 19 Jun 2011

mukmin itu jiwanya mudah

BERKATA BENARLAH WALAUPUN PAHIT...

"Itu perkara mudah, kita yang menjadikannya susah.." bicara seorang teman. Bagai terenjat elektrik, aku memandangnya, seolah-olah terasa panas dengan kata-katanya itu.. "Ini tak semudah cakap," monologku sendiri. Bicara itu kemudiannya terbawa-bawa dalam fikirku, bagai ada yang tak selesai dengannya.

"Dia cakap senanglah, dia tidak menghadapi kesulitan sepertimana diriku.." bisik suara dalam hati.
"Cuba kalau dia yang berada di tempat aku, kita tengok, mampu tak dia bercakap seperti itu lagi.." bisik suara itu lagi.
Kemudiannya aku menganalisis, bukankah semua pendapat itu betul? Ya, temanku itu tidak berbicara salah, kerana seseorang itu memberi pendapat berdasarkan pengalaman yang pernah dilalui.. memang tak salah.. walaupun tak juga benar bagi orang lain..

Dia cuma BERKATA BENAR.. meskipun pahit untuk ditelan.

Fikiranku kemudian berlegar sekitar masalah yang aku hadapi sekarang..dan akhirnya aku juga dapati bahawa kata-katanya betul.. perkara ini memang mudah,


Tetapi yang menjadikannya sukar dan rumit ialah apabila keputusan yang bakal kita ambil itu akan memberi kesan kepada orang lain.. ya, kepada perasaannya dan tentunya, bakal menjejaskan hubungan kita dengannya pada masa akan datang..

Jadi bagaimana?


MUKMIN ITU JIWANYA MUDAH...


Ungkapan ini mendakap seluruh atmaku, menuntut diriku memaknakan ertinya..


Mukmin itu hakikatnya mudah, kerana dia melakukan apa yang diperintah Allah untuk dilaksanakan, dan menjauhi perkara-perkara yang ditegah.. pendek kata, mukmin itu jiwanya terlandas atas satu jalan, yakni jalan yang mendamba redho Ilahi..


Justeru, sebenarnya tiada apa yang rumit.. melainkan aku sendiri yang seperti tercari-cari gunung di sebalik kabus..padahal ia tetap, dan ada di situ.. asal kena pada waktu yang tepat, maka nampak juga teguhnya pasak bumi itu..


ATMA ITU MILIK ILAHI..

Aku harus bersukur pada Dia yang menimpakan musibah ini, dan memberikan aku peluang memperbaiki diri, mempertingkat himmah dan menetapkan hati pada satu jalan, iaitu jalan orang-orang bertaubat dan para 'abid, jalan hidup yang menghambakan diri hanya pada-Nya..


Kerana akhirnya, masalah ini akan berakhir kapada satu kesimpulan, bahawa seseorang manusia itu takkan mungkin mampu memuaskan hati semua pihak.. justeru, aku bertekad, menyerahkan urusan hati kepada Ilahi kerana Dia pemiliknya dan Dia Lebih Tahu akan perihal sekeping hati yang berbolak-balik.. Sementara aku akan memutuskn perkara ini mengikut pertimbangan 'tahap kemudharatan yang akan dibawa bersama keputusan tersebut. Moga petunjuk-Nya mampu aku raih, dan keputusan yang bakal diambil adalah yang terbaik untuk semua..:)


MUKMIN YANG SEJATI


Ringkasnya, dalam menelusuri sebuah kehidupan, terlalu banyak yang akan kita temui.. Jangan terkejut, andai kita mengalami situasi  sehebat babak drama korea, atau kedengkian manusia sepertimana drama melayu, mahupun karenah manusia yang berbagai ragam dan menyusahkn seperti drama cina
kerana ketahuilah, hidup itu penuh kejutan dan terhasilnya satu babak drama itu pun mendasari kehidupan sebanar yang berlaku atas muka bumi ini(bak kata ummi)..


Maka dalam mengambil keputusan, (apabila terpaksa berbuat demikian) buatlah pertimbangan seperti mana anjuran Islam dan sunnah Nabi Muhammad s.a.w, dan harapkan redho Allah, bukan yang lain.. insyaAllah, Allah akan mempermudah urusan yang lainnya..


Ingin kukongsikan bicara ini untuk hatiku dan juga hatimu;
 Mukmin itu jiwanya damai,
Tak mudah tergoncang oleh ujian,
Baginya ujian sebagai TARBIAH dari Allah,
Tanda kasih sayangNya,
jua penghapus dosa..


Kata seorang saudaraku,
"bersabarlah, bukan usahamu sia-sia,
cuma kemenangan yang lewat tiba"


~terima kasih sahabat yang ingat kepada jiwa ini dan sudi mengembalikan hati ini ke jalan mengingati-Nya..









Tiada ulasan:

Catat Ulasan

jom ta'liq!