hayya nabda' bi..


بسم الله الرحمن الرحيم..



.dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Selasa, 30 Julai 2013

x

realiti selalu tak seindah angan-angan.

dan kehidupan dunia yang menipu.

ramai manusia bertopeng di sana sini

dan cinta palsu.

kalau tidak kerana 'ada'nya Tuhan dalam jiwa insan..


menangis hiba. untuk masa depan. sedang berusaha membuang sebarang jangkaan; katanya.
tetapi aku tetap berpegang; "hanya keikhlasan akan menemui yang ikhlas."

bukankah sang Iblis dulu berikrar; "semuanya akan sesat kecuali yang ikhlas?"


manusia tak bisa memilih ujian. tenang dalam takut. al-Lathif tetap jaga, tidak akan tidur. kalaulah yang paling dicintai insan pun menjadi ragu dan hilang percaya, moga-moga Engkau yang mengizinkan pertemuan ini, akan tetap 'ada'.

Selasa, 23 Julai 2013

z


mungkin sebab dulu terlalu terpengaruh dengan manga anime semua. dan sangat-sangat menyanjungi kaoru-pelukis majalah Gempak; dan masa tu komik-komiknya adalah di bawah Siri Maskeret Cinta.

ya, cerita cinta.

macam tipikal anak-anak gadis; memang sangat tersentuh dengan cerita-cerita cinta ni. 

ada satu masa; novel-novel cinta mendominasi bahan bacaan awal remaja. 

tapi, aku pula lebih suka komik. dan masa tu siap ada trend "novel cinta yang dikarang sendiri" dalam kalangan kawan-kawan sekolah.

aku dan sorang bestfren ni pulak bertukar-tukar lukisan komik dan idea cerita kami; haha. sungguh budak-budak. kalau difikir-fikirkan, itulah 'zaman kegemilangan' minat melukis aku. rasa-rasanya sebab terlalu banyak 'latihan', tangan kanan selalu jadi mangsa. lenguh.  

mungkin sebab kawan ni lebih berbakat daripadaku; jadi dia mula menulis cerita pendek; siap ada kawan minta dia tulis ala-ala novel cinta. dan adalah ilustrasi lukisan manga dia yang comel-comel tu.ya, dan pengaruh tu merebak juga. tapi tulisan-tulisan aku sekadar cerpen-cerpen pendek () dan cerita novelet yang tak ada ending nya (sebab kekeringan idea). haha

sehinggalah bestfren tu pindah masa tingkatan 4, dan kesibukan yang mula menjalar tahun-tahun selepas tu.

lukisan-lukisan, "kemahiran" dan minat melukis, menulis tu semua berkubur sepertimana kenangan-kenangan kami yang dulu.

aku ada cuba-cuba melukis, dan menulis juga. tapi dah kekok sangat. aku dah macam tak pernah buat perkara-perkara yang aku suka ni.

yang paling aku ingat; dulu aku berimpian nak ke Lim Kok Wing (hahaha) sebab kecintaan yang sangat kuat pada lukisan cencomel ni.

mungkinlah.. antara faktor lain sebab aku fikir. akan berubah 'profesyen' apabila keputusan separuh hati aku ambil bila mula-mula mendaftar untuk stam.

dan aku fikir..
aku akan dedikasikan hidup ini untuk satu perjuangan yang sangat berbeza dengan dunia aku dulu.


dan bila aku ingat balik sekarang.. 

aku cuma ingin bertanya; "kenapa?"

kenapa jalan hidup aku jadi macam ni.



aku cuma boleh ketawakan diri sendiri je sebagai jawapan soalan tu.

(tengok.. sekarang aku dah mula menulis syok-sendiri. haha)



kan Maryam? kini yang namanya "aku" tu cuma ingin belajar mengenal kamu.

<3 

Isnin, 22 Julai 2013

hahaha

aku ketawa.
menangis.

pentingkan diri.



tafwid dan tasleem.

bukankah sejak awal kita telah setuju

usaha adalah alamat percaya

redha adalah tanda yakin

?


dan air mata ialah
kerana aku manusia.

lagi.

kita selalu ingin terbang,
apabila kita tidak mampu.

dan ketika mampu terbang,
kita ingin berenang.




ehem.

bukan "kita",
tetapi aku.

Khamis, 18 Julai 2013

antara dua


Ku sangka
Destinasinya semakin kuhampiri
Rupanya
Makin jauh makin berliku
Malah bercabang pula
Kini bertembung
Antara dua pilihan
Prinsip yang masih hijau
atau kecintaan yang hitam pekat

Isnin, 15 Julai 2013





aku cuma ingin mencatatkan;

bahawa bahagia itu.

tidak terus terjun dari langit;

mendakapmu erat dan tidak pergi-pergi.



sekurangnya. itulah yang aku rasakan.




Jumaat, 12 Julai 2013

kesembilan/sembilan puluh

And in the end the question that always came back to me was this: How could I,of all people, chastise someone for their past?

"Does it bother you enough to change your mind?"

"No, Soraya. Not even close," I said. "Nothing you said changes anything."





-from that moment; i know till now; i dont thank God enough.

~TheKiteRunner