hayya nabda' bi..


بسم الله الرحمن الرحيم..



.dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Khamis, 22 Ogos 2013

happy.

kadang-kadang,

aku rasa apa yang orang kata itu betul.

masa boleh menyembuhkan luka dalam hati
atau kembali menghubungkan kita yang telah berkelahi

meski menunggu untuk itu,
aku hampir hilang sabar
sering bertanya kepada masa;
"bila?"

tetapi untuk engkau..

ada satu ayat omputih yang kata;

"it seems to be forever"



kata-kata dia;

"hati-hati kita milik Tuhan"


aku mohonkan.
agar luka-luka dan cedera pada hati kau itu

kembali terubat.

agar dunia yang masih ada warna-warni ini-di bawah langit rahmatNya-mampu kau nikmati.
dan erti kata bahagia itu juga mampu kau kecapi.

gembira.

bukankah dengan itu engkau dipanggil?

Selasa, 20 Ogos 2013

gurauan

aku berharap
yang aku akan jadi lebih kebal dengan gurau-gurau yang seperti itu.

=_=


im trying my best not to take it too hard.




ruang

setiap kita ada konflik yang mesti ditangani sendiri.

sendirian.

atau terkadang.

kita cuma merasa perlu sendirian.

bila saat itu datang. sila beritahu.






jangan hilangkan diri tanpa khabar berita. meski mengingati aku kau jadi sakit dan kecewa.
luahkan saja segala benci dan amarah.

moga terubat hati..

moga.

Sabtu, 17 Ogos 2013

Ahad, 11 Ogos 2013

dear you time




entah kenapa saat-saat ni aku sangat teringat kepada lagu ni.

:') terharu~


~biarpun keadaan sebenar mungkin taklah macam ekspektasi aku... kan?

Sabtu, 10 Ogos 2013


andai hanya ada satu permintaan kau yang akan terkabulkan,

apakah yang akan kau pohonkan?




mungkin dengan ini; kau akan mampu melepaskan sekian banyak keinginanmu, dan menemui satunya yang benar-benar adalah ingin terdalammu.

atau;
semakin tamak kau akan jadi; semakin banyak ingin kau miliki.


setujukah engkau;
untuk kita saling melepaskan daripada tiap hati kita ini.

?




Ahad, 4 Ogos 2013