hayya nabda' bi..


بسم الله الرحمن الرحيم..



.dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Memaparkan catatan dengan label hammasah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hammasah. Papar semua catatan

Rabu, 1 Februari 2012

.. yang indah itu bahasa.




bahasa itu pada pendefinisiannya ialah suara yang mengungkapkan fikiran.


pada suatu hari, seorang pegawai kedutaan telah datang melawat kami, 

lalu di hadapan pelajar-pelajar sekaliannya, yang berbagai-bagai bangsanya,

dia berkata (dalam bahasa Inggeris);

"saya berasa hairan dengan pelajar-pelajar Malaysia yang menuntut di Mesir, mereka tak mampu bertutur dalam Bahasa Arab sekembalinya ke Malaysia,"

(lebih kurang begitulah kata-katanya)




... ini bukan pengalaman saya, tetapi sahabat saya yang menuntut di markaz bahasa,

respon saya..?

saya geram, dan sakit hati..

bukan hanya pada pegawai itu, tetapi pada diri saya sendiri, dan suasana kami di sini.

kerana kata-katanya yang lantang itu..

terkandung kebenaran yang pahit untuk ditelan,

serta-merta juga saya teringat pada kalam seorang penyampai tazkirah di musolla,

"kita ni patutnya lebih perbaiki bahasa melayu, kita nanti depan masyarakat akan gunakan bahasa melayu, bukannya bahasa Arab, cukup banyak dah kat Mesir ni kita baca kitab-kitab Arab, tulis Arab.."

pemikirannya yang disampaikan melalui kata-katanya cukup menjadikan saya sakit hati.

 sayangnya, pemikiran begini ada dalam kalangan Azhari..

hampa, saya kecewa,

tapi takkan putus asa..

sebetulnya kenapa Bahasa Arab harus dituturkan?

Asbab yang banyak telah dikemukakan lewat daurah kami di Malaysia, 

~Bahasa Arab adalah bahasa Qur'an
~Bahasa Arab adalah bahasa syurga
~Bahasa Arab adalah bahasa tuturan Rasul tercinta, Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam
~Bahasa Arab adalah wasiat kelima Imam Hassan al-Banna
~dll..................

cuma manusia itu tetap,,

takkan mampu keluar dari lingkungan tipikalnya,,

apabila merasa nikmat untuk kekal dalam "zon selesa"



Siapa yang akan bertutur Bahasa Arab ini kalau bukan ahlinya?

Bahasa ini ada keistimewaan sendiri,

Kerana itu Allah memilihnya sebagai bahasa syurga, kerana itu Allah memilihnya sebagai bahasa tuturan Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam, kerana itu Allah memilih untuk menurunkan kalam mulia-Nya dengan bahasa "dhod" ini,,

Bahasa Arab Fushah- bahasa yang Dia pelihara sejak zaman Jahili, 

ada signifikannya bahasa ini menjadi bahasa "siadah" atau ketua dan merupakan bahasa Kaum Quraisy, juga kaum "siadah", kaum yang mulia pada zamannya,

juga ada signifikannya kenapa para orientalis bertindak menafikan asal bahasa ini, 

yang nyata, ia bukan sekadar satu bahasa,

yang ditutur oleh non-Arabic speaker seperti kita hanya kerana terpaksa,,

moga kecintaan terhadapnya melebar, dan moga bertutur dengannya Allah sudi mengirim taufiq kepada kita dalam memahami deen-Nya





~dan sungguh, sudah cinta untuk hidup dalam suasana "berbahasa Arab Fushah"- moga kekal dalam nikmat ini hingga ke syurga-Nya(jika diizin Dia)
~pada saya, ia bukan sekadar bahasa, peduli apa kalau orang pandang sinis saya bertutur salah dalam bahasa ini, yang pentng kita belajar, dan terus memperbaiki.
~juga pesan pada diri, jangan mudah mengalah pada persekitaran; ikan tetap tawar walau hidup dalam laut yang masin.

Rabu, 28 Disember 2011

beberapa detik sebelum peperiksaan percubaan.

saya suka belajar tentang adab jahili. dan ilmu-ilmu bahasa. suka biar sampai cinta.


baiklah,
..yang saya fahami tentang belajar-dulu.

mesti faham, dan hafal semua fakta, menepati semua kehendak pemeriksa, biar dapat yang terbaik,, kalau boleh tak ada siapa boleh sebaik saya.. haha(ketawa)

dan kini.

".. bagaimana pandangan kamu terhadap ulama2 Islam kita yang sejak awal zaman permulaan Islam, kita namakan- Imam Nawawi contohnya yang mengorbankan malah mengabadikan hayat mereka seolah-olah semuanya untuk ilmu dan perkembangannya, mereka menelaah, mengkaji dan berpindah-randah dari satu tempat ke tempat yang lain, menghadapi segala kesengsaraan dan kepayahan dalam misi itu.. tidakkah pernah mereka merasa cukup dan lelah..?"

ha,, melopong saya bila dihadapkan kenyataan yang Imam Nawawi sehingga akhir hayatnya juga tidak bernikah, Imam Bukhari tatkala ingin menulis setiap satu hadis yang dikumpulnya bersolat 2 rakaat terlebih dahulu, malah Imam kita Imam Syafie juga pernah dihalau pergi dari rumahnya oleh ibunya setelah bertahun-tahun tidak bejumpa agar keluar mempelajari adab dan akhlak, hanya kerana beliau tidak mengetuk pintu rumah dan memanggil-manggil ibunya dari luar.

lalu jawapan kepada semua ini ialah apa..?

adakah mereka tidak merasa lelah bergelumang dengan kitab saban waktu..?
juga bergelut dengan debu dan pasir dalam perjalanan bertemu para masyaikh?
juga mengorbankan tidur malam untuk menulis dan mengarang kitab..?

tidak adakah waktunya dalam hidup mereka untuk mengecap nikmat sebagai penghilang penat, atau yang kita panggil "release tension"..?

:) terlalu banyak tanda tanya, ya..

lalu jawapannya menjadi persoalan yang seterusnya bagi diri saya..

pada diri ulama2 ini.. ada himmah 'aliah yang harus kita contohi.

atas sebab ini, maka kelelahan bagi mereka itu ialah nikmat yang tak terhingga..

saya teringat sepotong ayat al-Qur'an yang mafhumnya; "sesungguhnya yang takutkan(taqwa) Allah daripada hamba2Nya ialah para ulama.."

maka adakah yang lebih nikmat selain melakukan segala-galanya demi Yang Memberi Nikmat itu sendiri.?

Kata seorang musyrifku, "tingkatan menuntut ilmu itu ada tiga, yang pertama itu tahu, lantas ia mahu dan yang tertingginya ialah cinta"

...belajar kerana Allah itu ialah bilamana kita menjadikan ilmu sebagai wasilah untuk kita mengenali Dia, lantas menggapai cinta-Nya, yang mana bagaimana akan tercapaikan, andai ilmu yang kita pelajari ini tidak mendekatkan kita kepada taqwa..?

"Siapa yang bertambah ilmunya tetapi tidak bertambah baginya petunjuk, maka tidaklah bertambah kepadanya melainkan semakin jauh(dari Tuhan)" -hikam

lalu harus bukakan fikiran, agar yang dikatakan belajar itu bukanlah sekadar menelaah dan mengulang kaji kitab2 kuliah.. bukankah kehidupan ini adalah pelajaran semuanya..?

"..dan tiadalah yang mengambil pelajaran melainkan orang-orang yang berfikir.."







~dan kenapa mesti buat yang terbaik dalam peperiksaan..? siri 3, insyaAllah..

Rabu, 7 Disember 2011

.. belajar kerana Allah..?

  waktu saya mula-mula diperkenalkan dengan peperiksaan di sekolah,,

"ok, untuk exam ni kita tengok siapa yang mendahului," kata saya kepada seorang sahabat.

"takkan awak lagi..? Tamaknya,," responnya, diikuti dengan ketawa saya,

hati merasa puas, seolahnya tiada lagi yang mampu mengatasi saya setelah pesaing ketat-yang juga sahabat karib saya ini kelihatannya seperti berputus asa.

Fenomena yang sama masih berlaku di sekolah menengah, walaupun bertukar watak dan latar peristiwa.Cuma mungkin, lebih mencabar dengan wujudnya watak-watak yang baru, dengan kebolehan-kebolehan mereka yang pelbagai..



dan beberapa waktu setelah itu..

"Belajarlah kerana Allah,, jangan jadi hamba peperiksaan.." kata seorang penyampai, dalam tazkirah ringkasnya, selepas Maghrib di musolla.


saya tahu apa yang disampaikan beliau itu benar, dan tanpa saya sedari, dalam tuturan saya setelah itu juga mengucapkan kalam yang sama..

cuma malangnya,, saya gagal memaknakannya..

maka, jadilah diri, seperti mana fahaman yang ditanamkan pada ketika itu- seorang 'amil mengikut musim.

 saya dilihat antara yang paling awal berjaga sebelum Subuh untuk berqiamullail di musolla, dan antara yang paling kerap dilihat dalam kerja-kerja sukarela, dll.. semuanya menjelang peperiksaan. Kononnya sebagai tawassul agar sukses dalam imtihan.

Ibarat seorang petani yang berpenat-penat bercucuk tanam, apabila menuai hasilnya yang lumayan; saya akan tersenyum puas apabila kejayaan mengiringi usaha-usaha yang dilakukan.

Sijil-sijil pengiktirafan tersusun kemas, membuahkan rasa bangga setiap kali melihatnya,,



PUAS.. sekurang-kurangnya itulah yang saya rasakan waktu itu.


...lalu saya melangkah ke alam "baru"- fasa kematangan.

"Belajarlah kerana Allah, jangan jadi hamba peperiksaan,"
kalam yang sama dituturkan oleh seorang yang amat saya hormati.

Cuma bezanya, hati seolah disapa persoalan yang tak kunjung pergi setelah itu..

"bagaimana yang dikatakan belajar kerana Allah..? Betul ke aku ni belajar kerana Dia..?"

Lalu pernah sekali hati menyimpulkan;
kita kena belajar bukan untuk berjaya dalam peperiksaan, jadi untuk apa dibuat kem-kem motivasi, bengkel-bengkel teknik menjawab peperiksaan, kelas-kelas tambahan tu semua..?
jadi kenapa harus berbincang kertas-kertas peperiksaan yang lepas..?

Malah lebih menjadi bingung apabila mu'allim yang saya hormati itu juga melakukan hal-hal yang sama- apa yang harus dijawab seandainya soalan peperiksaan ini begini-begitu..?




~kembali mencoret.  
~belum habis lagi, tunggu siri 2..






.


Sabtu, 17 September 2011

..قبل الذهاب


قبل الذهاب إلى تلك الأرض المباركة.. الأرض التي فيه سأبذل كل جهدي لنيل ذلك "الحب العظيم".. لا بد علي الاستعداد التام ..

حبّذا لو أمي تقدر لاتباع معي.. فأكن الذاكرة دائما بغايتي الأولى
حبّذا لو أقدر أن أحمل كل من المشرفين معي.. (هي..هي..)
لأجل يذكروني لاستقام على سبيل العلم والمعرفة

لكن ها هو ذا الطريق المخصوص لي وأصدقائي .. الامتحان لنا لامتحن هل نحن سنوجهه بالجد؟ هل نحن سنسير على هذا المسير باتقان؟ وهل سننجح في آخره..؟ هل سننال القيمة التي حصل به العلماء المتقدمين..؟  لأننا نمشي على نفس الخطوات- الا وهي خطوات لإعلاء كلمات الله..

لذلك.. قبل أن نخرج من بيوتنا, ونغادر إلى المطار لنهاجر إلى مصر, فلندعو إلى الله ليثبت أقدامنا على سبيله, وليسهل لنا الطريق العلم, وليجعل لنا من محي دينه حقيقة, وليجعل لنا من المستقيم على الخيرات دائما...

ما في قلبي, إلا ما قد قلت إلى نفسي حينما قد حقق أن هذا هو التقدير لي.. أنني سوف لن ألتفت أبدا إلى غير من غرضي الأولى.. 
"..اهبطوا مصرا فإن لكم ما سألتم.."
(البقرة: 61 )

إن شاء الله نحن لمن الممتازين..
استقيموا بالجــدّ

يا إخواتي و أخواتي...استقيموا بالجــدّ

تتعلّم العربية.....لنصل غايتَنـــا

انشرحوا جميــع التحدِّيـــات......

وارجـــوا الله دائــــما بالدعـــاء

لا تيأسوا ولا تتكـــاسلوا....

عليكم أن تنشطوا وتجهدوا أكثر ما عملـــوا

تعلّمْ يا أخي...ـتعلّمي أختي....

ولا تغــافلوا...أمور التعلّم

تعلّمْ يا أخي...ـتعلّمي أختي....

لعلـّــنا نحن لمن الممتازيــــن

Jumaat, 9 September 2011

hikmah orang tua dalam semangat orang muda..


*meminjam frasa ini dari Hilal Asyraf, Langit Ilahi..

ada sebuah kisah, jom baca..

***********************************************************************



SABUN

Bertempat di; sebuah kilang sabun buku di Malaysia.

Kilang sabun ini adalah antara kilang sabun yang membangun dan diterajui pentadbiran dan pengurusannya oleh anak-anak muda yang berkaliber, lulusan universiti serata dunia; Jerman, Jepun, Australia, UK dan lain-lain.

Jawatan CEOnya dipegang oleh seorang pemuda yang berusia sekitar 30-an, berkredibiliti tinggi lagi sibuk orangnya.

Pada suatu hari..

Ketika mana perniagaan sabun ini dijangka menembusi pasaran antarabangsa, dan sasaran telah ditentukan, keyakinan beroleh kejayaan juga amat tinggi; - satu masalah telah timbul.

di bilik mesyuarat Ahli Lembaga Syarikat

"kadar keuntungan merosot, banyak tempahan sabun terpaksa ditangguhkan, ekoran sabun-sabun kita dipulangkan semula;" lapor salah-seorang pengurus jualan.

"apakah puncanya? adakah sabun-sabun kita tidak berkualiti?" soal salah-seorang ahli.

Mustahil! Semua sedia maklum, sabun keluaran Syarikat Sabun Terbaik sdn bhd. memang adalah antara sabun terbaik peringkat antarabangsa. Bahan-bahannya antara yang paling bermutu, dan penghasilannya melalui proses jaminan kualiti yang ketat;

"bukan begitu, saya dapati bahawa sabun-sabun kita yang dihantar sebenarnya tidak sampai kepada pembeli;"

kata-kata ini menjadikan hampir kesemua ahli lembaga mengerutkan dahi;

"...bahkan yang sampai kepada mereka hanyalah kotak-kotak kosong; -tanpa sabun di dalam;"
usai berkata begitu, dia menjeling kepada Amran, orang yang bertanggungjawab dalam pembungkusan sabun.

Perkara yang sama dilakukan oleh majoriti ahli lembaga.

"tuan, seandainya perkara ini tidak diatasi dengan segera, perniagaan kita akan terjejas dengan teruk,"
tambah seorang ahli mesyuarat lain; Syahran namanya.

CEO muda itu termenung seketika- Hakim Hafizi; lulusan UK dalam bidang Pengurusan dan Pentadbiran, berbakat dalam bidang perniagaan, buah fikirannya selalu mendahului dalam apa jua situasi genting yang dihadapi syarikat mereka yang sedang membangun, kesungguhannya tak terbandingkan..-kini berdepan kebuntuan..

Dia memandang kesemua ahli mesyuaratnya, yang pada masa yang sama, turut memandang ke arahnya..-mereka juga bukan calang-calang orang; berpendidikan tinggi kesemuanya, juga memiliki keyakinan dan kredibiliti masing-masing..

"Berikan pandangan kalian," dia membuka pintu perbincangan.

"Saya cadangkan kita gunakan kotak lutsinar, untuk pastikan yang kesemua sabun ada dalam bungkusan sebelum penghantaran,"

"saya memang dah lama perhatikan bahawa proses pembungkusan kita tak berapa sistematik; apa kata kita beli mesin pembungkusan yang canggih, seperti mana yang ada pada syarikat-syarikat lain? hem, mesin ni dapat kesan kalau ada kotak yang tak terisi"

"pada pendapat saya, kes ni jadi macam ni sebab ada antara pekerja yang tak amanah.. apa kata kita hantar pekerja-pekerja kita berkursus..? Macam kursus ESQ tu.. hem, terbaiikk"

..dan banyak lagi cadangan-cadangan lain, tetapi setiap cadangan ini tidak mampu memberi penyelesaian paling praktikal; berdasarkan situasi syarikat mereka yang tidak berduit!

ya, bagaimana caranya..? dalam keadaan syarikat mereka tidak mempunyai sumber kewangan yang cukup, apalagi mereka terpaksa menghentikan pengeluaran buat sementara, malah banyak juga syarikat yang membatalkan tempahan, masalah yang perlu diatasi segera..

akhirnya mesyuarat ditamatkan tanpa ada keputusan muktamad..




Mesyuarat Tergempar

Dia menerima nasihat ayahnya, agar membuka ruang perbincangan dengan semua pekerjanya;- sesuatu yang mungkin jarang, atau hampir tidak berlaku di syarikat-syarikat lain..

"Baiklah, ada sesiapa yang mempunyai cadangan; bagaimana caranya untuk memastikan sabun-sabun kita benar-benar sampai kepada pembeli..?"

dia tidak punya masa untuk mengesyaki, atau mencari pesalah, yang penting tempahan yang ada perlu dipenuhi, sekurang-kurangnya untuk memastikan syarikat mereka mampu bergerak.. yalah, pembeli tidak akan membayar andai tempahan tidak mampu disempurnakan..

Hakim Hafizi percaya mungkin ada yang dapat membantu.

tiba-tiba seseorang tampil ke hadapan;

seorang pengawal keselamatan, agak lanjut usianya, perawakannya terlalu sederhana,

ketika mana si tua itu mara ke arahnya, kedengaran suara-suara yang saling berbisikan, entah bercakap apa.

"boleh percaya ke, orang tua ni?" Syahran sempat berbisik kepadanya.

"silakan pak cik,"
 dia menghormati lelaki itu, merendahkan hatinya, cuba memberi peluang kepada dirinya dan pak cik tersebut.

"Pak cik rasa tak payah lah susah-susah.. kita pakai je kipas besar yang dah sedia ada kat kilang ni,"
 suara garau lelaki itu memecah suasana, menarik perhatian sekaliannya yang berada di situ.

"..kalau sebelum ni gunanya untuk menyejukkan pekerja-pekerja kilang ni, lepas ni kita letak sana tu.."
lalu jarinya di arahkan kepada satu sudut, tempat laluan sabun-sabun yang siap dipakej, sebelum dibungkus dalam kotak dan dikeluarkan untuk dipasarkan.

"uh..kenapa letak situ pak cik?"  soal Hakim Hafizi.

"budak.. angin kipas yang kuat itu akan menerbangkan kotak kosong yang tak berisi.. macam ni barulah sabun-sabun yang dibungkus tu akan sampai kepada pembeli.."

tersenyumlah seorang CEO muda mendengarkan cadangan bernas seorang pengawal keselamatan yang sudah berusia..

***********************************************************************

dalam situasi hari ini, dah tak janggal kalau anak-anak muda yang mengepalai organisasi, menjadi antara yang cemerlang dalam apa-apa bidang pun, seperti mana halnya CEO syarikat sabun tu..

memang baguslah pemuda yang sebegitu, benar-benar menggunakan masa mudanya untuk perkara berfaedah; sehingga berhaklah baginya menikmati kejayaan..

mengenang Sultan Muhammad al Fateh, Salahuddin al-Ayyubi, al-Imam as-Syafi'e..

tetapi jangan terlupakan, pada setiap semangat-semangat muda ini, perlu kepada hikmah(kebijaksanaan) orang-orang terdahulu, orang-orang tua- yang lebih dahulu merasai asam garam kehidupan, yang lebih banyak ilmunya berdasarkan pengalaman dan pengamatannya..

..yang tidak ada pada anak-anak muda

justeru, sehebat manapun seorang pemuda, secerdas mana pun dia, setinggi mana pun semangatnya, dia tetap memerlukan kepada nasihat seorang tua; agar kesungguhannya adalah kesungguhan yang mendapat panduan dan kebijaksanaanya adalah kebijaksanaan yang berpedoman..



~sebuah kisah yang diolah kepada bentuk tulisan- pening juga nak bina ayat

Isnin, 5 September 2011

طلب العلم سهر الليالي

rasanya sudah usai.. saya sudah cuba, dan tak mahu lebih-lebih sangat, cukup mendatangkan yakin, mana-mana yang kurang, insyaAllah sama-sama memperbaiki;

masih ada masa, tapi apa jua kelak yang berlaku, wajib ke atas saya untuk redho..

ha.. cakap tentang apa, ni?

hehe, persiapan diri hendak bergerak jauh, yang saya i'tikadkan sebagai hijrah menara gading..

قال الإمام الشافعي عندما قابل الطالب:
"أخي لن تنال العلم إلا بستة سأنبيك ببيان: ذكاء وحرص واجتهاد ودرهم وصحبة أستاذ وطول زمان"

Telah berkata Imam as-Syafie ketika mana beliau bertemu seorang pelajar;

"saudaraku, kamu kamu tidak akan memperoleh ilmu kecuali dengan enam perkara;
kecerdikan, ketamakan, kesungguhan, wang/harta, bersahabat dengan guru,dan waktu yang panjang"

1.  kecerdikan; atau saya lebih suka guna istilah kecerdasan; termasuk yang di katakan cerdas di sini tidak terhenti setakat akal fikiran; bahkan merangkumi tubuh badan dan  kecerdasan hati.

2. ketamakan -yang paling menjadikan saya teruja untuk memperkatakan tentangnya..
Alhamdulillah Dia menemukan saya dengan murobbi itu, patah-patah katanya terkesan dalam;

tamak adalah sifat terkeji, sepertimana halnya hasad;

tetapi hasad juga dibenarkan Islam dalam tiga perkara; yakni hasad dalam ilmu yang bermanfaat, hasad dalam harta untuk diinfaqkan, dan hasad dalam amal ibadah..(betulkan andai tersalah.)

justeru, tamak juga adalah dibenarkan, malah digalakkan dalam rangka menuntut ilmu yang berfaedah..
tamak ini menghalang diri daripada merasa puas dalam menuntut ilmu,
semakin belajar, rasa-rasanya semakin banyak yang tak tahu..

dan menegah diri daripada merasa cukup setelah menguasai cabang ilmu tertentu,
menjadikan diri ini seolah-olah seluruhnya adalah untuk ilmu..

begitu hebat bagi orang yang mempunyai ketamakan ini..

(Lalu, beliau menamakan saya dengannya, dan saya menyebut2 setiap masa; moga saya hidup dengannya; insyaAllah)

3. kesungguhan; sepertimana syair Arab;

قَدْرِ الكَدِّ تُكْتَسَبُ المَعَاليِ # وَمَنْ طَلَبَ العُلىَ سَهِرَ اللَّيَالِ
وَمَنْ طَلَبَ العُلَى مِنْ غَيْرِ كَدٍّ # أَضَاعَ العُمْرَ فيِ طَلَبِ المُحَالِ

mafhumnya; barangsiapa yang mengharap dan menginginkan ketinggian, maka baginya usaha yang tidak mengenal lelah, hatta berusaha sehingga mengorbankan malamnya, kerana tak mungkin dia akan mencapai ketinggian dengan hanya angan-angan.

dan barangsiapa yang menginginkan ketinggian, tetapi tidak sanggup bersungguh, maka akan sia-sialah umurnya mengharap sesuatu yang mustahil.

pendek kata; kalau nak seribu daya, kalau dah tak nak tu seribu dalihnya

4. wang/harta ; sudah tentu perjalanan menuntut ilmu perlukan duit, lebih-lebih lagi zaman duit hari ini.. 
tapi wang, bukan segala-galanya.. rezeki itu d tangan Allah, tinggal niat yang tulus dan usaha.

5. bersahabat dengan guru; pernah dengar?
-belajar sorang-sorang dengan buku, tanpa petunjuk guru sebenarnya belajar dengan syaitan; kerana apa yang kita tak berapa nak tahu sangat tu akan diwas-waskan olehnya dan dijadikan kita meyakini sangkaan-sangkaan kita. hem, bahaya tu! lebih-lebih lagi ilmu agama, boleh sesat.

jadi, ringankan tulang dan badan, bergerak ke arah keyakinan, temukan mereka, yakni guru-guru beramal.. insyaAllah berkat usaha tu, Dia akan beri kefahaman..

6. waktu yang panjang; kata hikam Arab;

إِنَّ الشَّبَابَ وَالْفَرَغَ وَالحِدَةَ مَفْسَدَةٌ لِلْمَرْءِ أَيَّ مَفْسَدَةِ

sesungguhnya yang meletakkan seseorang itu dalam bahaya dan mudarat itulah masa muda, masa lapang dan masa banyak harta..

jadi wahai para belia, apa tunggu lagi? usia ini adalah usia keemasan!

pada usia ini Muhammad al-Fateh telah membuka sebuah kota yang tak termampu dibuka oleh generasi nenek moyangnya dahulu..

pada usia ini seorang Salahuddin telah membebaskan al-Quds dari genggaman tentera salib, setelah menyatukan orang-orang Arab dalam misinya..

dan pada usia ini.. apa pula sumbangan saya dan kamu kepada diri, Islam, bangsa, dan negara..?

sudah tentu kita tak mampu menjadi mereka; lebih-lebih lagi dengan sekadar berkata; "saya nak hebat macam Umar al-Khattab, saya nak secerdas Ibnu Abbas' dll..dll.." dan kemudian, duduk diam-diam, tak bergerak-gerak dari tempatnya.

kata Imam Syafie pula;

إِنِّي رَأَيْتُ وُقُوفَ الْمَاءِ يُفْسِدُهُ..
sesungguhnya aku melihat air yang tinggal (diam) akan merosakkannya..

sudah tentu, air yang tetap dalam bekas pasti akan membusuk, berbeda dengan air yang mengalir di sungai. setuju??

-rasa puas dapat gunakan apa yang dah dipelajari
-saya nak tulis dalam bahasa Arab lepas ni, insyaAllah.. :p
-jadi fokus hari ini sebenarnya tentang menuntut ilmu, ya?
-ilmu memang sangat penting, sampai ustazah saya memesan agar saya memilih ulama' sebagai teman hidup..hehe  persoalannya; layakkah diri ini? ;)
-mohon tegur apa yang salah dan perlu dibetulkan, ok?