hayya nabda' bi..


بسم الله الرحمن الرحيم..



.dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Ahad, 20 Julai 2014

countdown

aduhai. adakah aku benar-benar dilanda mid-life crisis?

entah kenapa sejak akhir-akhir ini wadah sukma yang halus itu dilanda galau yang tidak sudah-sudah. Dan aku pula menjadi tidak keruan dengan kerap. menjadi rancu yang tiba-tiba. menitis air mata dengan mudahnya.

 keadaan yang "gagal dikenalpasti mengapa" ini selalunya menumbangkan aku dalam masa yang singkat, melemah dan menewaskan aku.

walau bagaimanapun. entah mengapa. dalam haru pada hari-hari ini, aku juga mengesani wujud "bisik-bisik" yang aneh. yang menegur dan memujuk, cuba mendamai dan menenangkan. yang menjadikan aku cepat-cepat duduk tegak kembali, terasa punya harapan dan kekuatan; meski hati terasa sempit dan payah.

"hidup ini singkat sekali untuk kau rebah pada usikan ragu-ragu dan ketidak-pastian, juga pada ranah kebimbangan yang tidak-tidak. Hiduplah dengan yakin bahwa Tuhan Yang Maha Mengetahui tidak pernah mensia-siakan engkau;"
kerana masih ada masa; insyaAllah.

arrih qulubana, ya Rabb. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

jom ta'liq!